Monday, March 7, 2011

can you get any closer?

berbalik semula kepada topik dakwah ni, siapa target kita?
okaylah ,senang kalau kita focus to just one for the timebeing, iaitu golongan remaja lah, yang seusia kita-kita ni.
kenapa? remaja sekarang ni nampaknya makin nak hanyut lah kan,depa rasa cool sangat kalau dapat buat jahat ni. bangga la kot. ni dah masuk pulak category mempersenda agama pulak.
pastu kalau nak buat baik ni,memang fikir banyak kali.takut sangat kalau kawan-kawan tu gelakkan,takut diri direfer sebagai alim

so,macam mana kita nak approach golongan remaja ni?
mungkin kita tegur pun kena light-light saja fasal kalau kita lebih-lebih nanti takut mereka memberontak pulak,lagi mereka rasa macam nak tunjuk jahat.mungkin dalam hati dia orang rasa macam
'eh,aku dah cukup baik ni pun kau nak bising.kau tengoklah,aku jadi lagi teruk lagi jahat baru kau tahu.'

so nak buat lagu mana lagi?
tulah macam yang dah cakap tadi light-light saja,kalau nak nasihat pun jangan bebel panjang-panjang sangat,kadang-kadang penat telinga tu nak dengar,jadi tenaga kita guna bagi nasihat tu is a waste lah,orang tak dengar.
biarlah ringkas dan padat serta bermakna.guna ayat yang bagi effect 'ouch,that bites' sikit. biar malu sendiri dalam hati tu,tak lama lagi insyaAllah berubahlah mereka.

pastu kenalah sempoi-sempoi santai-santai sikit.jangan serious sangat,kejutan budaya pulak mereka nanti,awal-awal dah nak lari,taknak spare time untuk dengar.cubalah berlawak sikit dalam usaha berdakwah tu.
ini kalau dakwah secaa terbuka lah,baru boleh menarik pendengar.

pastu kalau menegur eloklah kalau tak dilakukan in front of a huge crowd,lebih baik kalau its done personally.fasal apa,nanti takut mengaibkan pula.remaja ni bukannya suka being humiliated,egonya tinggi darahnya muda.

mungkin jugak kalau dakwah tu boleh disisipkan time programme benda lain,mungkin juga boleh memberi kesan.sebab tak ramai yang memilih untuk tengok program agama2 ni.astro oasis tu,tak ramai yang tengok.
elok jugaklah bila dakwah ni dijadikan cerita-cerita contohnya yang ashraf muslim berlakon jadi ustaz tu,tak ingat pula apa tajuk dia.tapi sebabkan ashraf muslim tu punya handsome,ramai yang tengok.
contoh lain
tapi masalahnya kalau cerita-cerita begini,tak semualah yang terkesan tapi even 0.99 % yang terkesan,it still means this way works.

dan yang terakhir,pada aku,sebagai seorang remaja,aku cukup interested kalau nak dengar pasal hukuman dosa-dosa ni semua.kalau dengar je,rasa kecut je perut tu,rasalah jugak insaf 3 4 hari.maksudny selang 3 hari je,kita kena bagitahu dosa balasan tu kat remaja.3 hari je,kita mesti bagitahu apa seksaan kalau tinggal solat.

sememagnya banyak lagi cara komunikator islam ni nak mendekati remaja, tapi yang ni adalah dari my point of view.berkesan atau tidak,that depends on the individual.

apa-apa pun,its best if we raise our hands and pray to Allah the most merciful,to grant us guidance and lead us on the path of rightness.



doa untuk sentiasa berada di jalan yang benar;

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
(Al-Isra' : 80)

doa untuk mendapat rahmat dan petunjuk;
رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"
(Al-Kahfi : 10)


No comments:

Post a Comment