Saturday, March 5, 2011

amar maaruf nahi mungkar :D

sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”. 

Mencegah kemungkaran sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Dan sebaik-baiknya kita sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam usaha ini bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing :P
Usaha mencegah kemungkaran ini juga wajarlah dijalankan mengikut panduan yang telah digariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W;
1.menggunakan tangan 
-boleh juga dikatakan menggunakan the power we have in our hands.
eh eh,bukan power seperti ini. -.-
kuasa yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan kita sebagai ketua atau pemerintah dan juga pemimpin.
contohnya,ibu bapa biasanya merotan anak-anak yang meninggalkan solat.

dan jika tidak mampu,kita bolehlah,
2.menggunakan lidah 
-iaitu secara lisan dengan cara tegur-menegur juga nasihat menasihati secara berhikmah.
dan dengan menggunakan lidah juga seharusnya kita mengaplikasikan cara berkomunikasi yang betul agar usaha dakwah ini lebih berkesan dan mencapai matlamay yang diinginkan.
dan jika masih tidak mampu;
3.gunakan hati.
-gunakan hati di sini bermaksud kita mencegah kemungkaran dengan cara membenci kemungkaran itu sendiri.cara ini dikatakan selemah-lemah iman.why?sebab dengan cara ini,hanya kita sendiri dijauhkan dari melakukan kemungkaran tersebut tetapi kemungkaran itu tetap berlaku.sebabnya kita tidak menghalang seseorang yang lain itu dari melakukan maksiat misalnya.tetapi hanya berpesan kepadadiri sendiri agar tidak melakukan dosa yang serupa.

the purpose kita menjalankan nahi mungkar ini hendaklah disertakan dengan niat kerana Allah s.w.t dan  bukannya bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi adalah untuk memberi pengajaran dan bimbingan.
hopefully dengan usaha kita urging people to the better akan mengundang keberkatan Allah dalam setiap yang kita lakukan.
 
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain,mereka menyuruh berbuat kebaikan ,dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat,serta taat kepada Allah dan rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah maha perkasa,lagi maha bijaksana”.
(At-Taubat ayat 71)

halangan komunikator;
penyampaian message tidak berjaya,samada penyampainya yang salah cara penyamapaian. atau pun penerimanya yang tidak memahami.

1 comment: