Sunday, January 16, 2011

Cakap-cakap

Assalamualaikum wbt.

Sudah menjadi fitrah kite sebagai manusia, suka bercakap.tak kira lah, bergossip,bercerita,berbicara.It is even stated in the Quran, that Allah creates us with the ability to speak,communicate,to talk.Dalam bahasa Arabnya,Al Bayan, iaitu kemampuan untuk berkomunikasi.Tapi kalau tengok balik, sejauh mana kita menghargai kurniaan Allah pada kita?Selama ni kita bercakap ikut cara Islam atau tidak?


Komunikasi cara Islam ni asas dia mestilah bersifat ilmiah,keaagamaan, dan benar.Most importantly, kena ikut Al-Quran dan Sunnah.Orang kata yang baik2 lah.Cakap-cakap kosong,tak bermanfaat,cakap yang sia2 ni semua cuba lah elakkan,kerana ianya tidak mendatangkan apa2 kebaikan lansung.Tapi kalau kita tengok balik,hari2 kita di isi dengan perbualan yang entah apa2.Tak bermanfaat lansung.Jarang sekali kita come across people who talks about Agama, Ilmu ke,Idea ke bila berbual.Perbualan saya sendiri selalunya penuh dengan gossip,tak berfaedah,kosong.Mengumpat,lagilah.


Dalam hidup seharian,takboleh nak lari dari aktiviti mulut ini.Mengumpat ni bukan sahaja perempuan yg buat,dikalangan lelaki pun apa kurangnya?Sorry boys,but that's the truth.Bila tengok orang buat benda tak baik,geleng-geleng kepala,bercerita dgn kawan betapa teruk nya orang yang buat jahat tu.Mula nak tunjuk hebat,kononnya dia manusia paling baik dalam dunia.Tapi bila diri sendiri buat,case closed,kunci mulut taknak orang tahu.Tak mahu terima kritikan,nasihat orang lain.Rata2 inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara Islam sendiri. MasyaAllah, scary,tapi itulah yang paling kita suka buat.Saya sendiri, hari2 kalau tak mengumpat,tak sah.Saya sendiri pun taktahu macamana nak stop mengumpat,teruk betul. Sebab tu Rasulullah SAW pernah bersabda, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik,atau lebih baik diam.


Kita sebagai hambaNya yang lemah haruslah cuba untuk mengubah diri kita.
Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.From now on, cubalah untuk berubah.Kalau susah sangat,diam je,kalau ada terasa nak buka 'story' cepat2 istifar,ingat betapa berdosa nya mengumpat ni.Kalau dengar ada kawan ada ura-ura nak buka cerita, cepat2 la lari, sebab kalau kita dengar orang mengumpat,kita pun turut sama berdosa.


Ingat,berkomunikasi ikut cara Islam.Berkongsi idea dan ilmu, jadikan Al-Quran sebagai ajaran dan panduan, and ofcourse, encourage each other untuk amalkan amal ma'ruf nahi mungkar.
Saya pun akan cuba.Jadi kalau awak terdengar saya mengumpat lagi lepas ni,dipersilakan untuk terus sound direct je.Ingat, amal ma'ruf nahi mungkar. Tak salah nasihat menasihati,untuk kebaikan bersama jugakkan? :)

No comments:

Post a Comment